Penyelidik di Amerika Syarikat menjalankan kajian dan mendapati ketika tidur, otak tetap sibuk menguatkan ingatan mengenai apa yang dilakukan sepanjang hari dan melakukan dengan pantas, seolah-olah hari itu diulang semula dalam keadaan amat pantas.
“Lapisan luar tengah otak mengulangi aktiviti pada siang hari ketika tidur enam hingga tujuh kali lebih pantas daripada masa sebenar,” lapor WEbMD, memetik ketua penyelidik, Dr David Euston, sebagai berkata.
Malah, Dr Euston dan pasukan penyelidiknya di Universiti Arizona membuat rumusan itu selepas memantau aktiviti otak tikus yang menghabiskan masa sehari belajar berlari kencang di sekeliling arena bulatan dalam corak tertentu.
Pasukan itu mendapati ketika ia tidur, lapisan luar tengah otak melakukan aktiviti menyamai aktiviti otak ketika tikus itu berlari di sekeliling arena pada waktu siang.
Mereka menyifatkan ia sebagai petunjuk otak tikus mengulangi pengalaman belajar laluan di sekeliling arena. Namun ketika tidur, aliran otak berlaku enam hingga tujuh kali lebih pantas berbanding masa diambil ketika tikus berkenaan berlari pantas di sekeliling arena ketika jaga.
“Secara ringkasnya, aktiviti otak tikus melakukan aktiviti lebih ketika tidur untuk mengukuhkan ingatan,” kata Dr Euston yang melaporkan hasil kajian itu dalam Journal Science.
– Agensi
No comments:
Post a Comment