Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, November 9, 2009

Nostalgia NKOTB


Teringat sewaktu Tingkatan 5 dahulu, kumpulan New Kids on the Block (NKOTB) merupakan kumpulan kegilaan pelajar-pelajar perempuan (yang lelaki pun ada juga).  Boleh dikatakan lagu-lagu mereka sering dimainkan di radio pada waktu itu dan juga di TV.  Ketika itu kalau hendak menonton video klip kumpulan-kumpulan rock seperti Bon Jovi, Scorpions jangan haraplah, kononnya lagu-lagu seperti itulah yang merosakkan minda anak-anak muda, ironinya sekarang dengan kemunculan muzik-muzik seperti hip-hop, techno dan urban yang dikatakan lebih 'classy' nampaknya lebih merosakkan.  Tanyalah pada remaja-remaja sekarang, siapa yang tak pernah pergi 'clubbing'?  Kalau ada yang kata tidak pernah, pasti akan dituduh kolot, anti sosial atau kekampungan oleh rakan-rakannya.

Baru-baru ini aku membaca berita terbaharu (sebenarnya bukan baharu pun kerana ia berlaku pada tahun 2008) tentang kumpulan New Kids on the Block yang telah membuat 'reunion' dan juga pelancaran album terbaharu mereka 'The Block'.  Yang membuat aku tergelak apabila membaca kenyataan daripada Danny Wood yang telah menghentam kumpulan Backstreet Boys (kumpulan remaja yang muncul sekitar tahun 1994 membawakan lagu dan rentak muzik lebih kurang sama seperti NKOTB, kemunculan Backstreet Boys setelah NKOTB berpecah ). 



Kata Danny, ""Backstreet's records sound the same as before their music didn't evolve like ours has. They never spoke too highly of us and said if we had talent we'd still be around. They should've probably kept their mouths shut!"  Nampaknya mungkin usia dan fizikal NKOTB sahaja yang sudah berubah, namun mentaliti masih seperti budak-budak!  Kumpulan ini popular sekitar 90'an dan sekarang sudah tahun 2009.  Peminat-peminat setia NKOTB dan Backstreet Boys pun dah jadi emak bapak budak.

Kenapa aku masukkan entri ini dalam blog ini aku pun tak tahu, mungkin sebab aku masih menyampah dengan kedua-dua kumpulan ini kot?

No comments: