Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 18, 2009

Manusia tiru ketawa orang utan


WASHINGTON DC – Asas gelak manusia mungkin bermula mengikut cara spesies primat purba. Ini berdasarkan kajian mendapati orang utan memiliki kaedah empati dan mimik; bahagian penting dalam ketawa.

Ekspresi muka seperti membuka dan menguap mulut dipercayai ditiru manusia purba daripada orang utan dan kecepatan mamalia itu membuat mimik pada zaman ini menunjukkan ekspresi itu tidak disengajakan.

Dr. Marina Davila Ross dari Universiti Portsmouth dan Prof. Elke Zimmermann dari Universiti Perubatan Veterinar Honover, Jerman, mengkaji 25 ekor orang utan berumur dua hingga 12 tahun di empat pusat primat seluruh dunia.

Kajian mereka yang disiarkan dalam jurnal perubatan Biology Letters mendedahkan, orang utan yang diuji kaji membuka mulut, rakannya pula akan melakukan ekspresi sama kurang daripada setengah saat kemudian.

Dr. Davila berkata, manusia sendiri membuat mimik muka mengikut kehendak sendiri atau tidak namun sehingga penemuan kini, tiada bukti yang menunjukkan haiwan mempunyai tindakan yang sama.

“Apa yang jelas sekarang untuk membina blok perihal perasaan positif dan empati adalah merujuk kepada pembangunan pantas mimik muka pada manusia berkembang sejajar dengan proses tumbesaran manusia.

Beliau menambah, penemuan itu membuka lembaran baru kajian emosi haiwan selain membantu mengenal pasti empati dan penting bagi haiwan tinggal berkumpulan seperti orang utan. - Agensi

No comments: