Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, November 5, 2009

Kampung Chepor

Kampung ini mempunyai keluasan 808 hektar dengan jumlah penduduknya kini mencecah lebih kurang 1,200 orang dan 240 buah rumah.

Terdapat empat kariah dalam kampung ini iaitu Kampung Kuala Chepor atau Kampung Paya, Kampung Masjid, Kampung Sembok dan Kampung Bukit Belapit.

Asal-usul nama Chepor adalah daripada sebatang pokok yang menjadi tempat rehat oleh seorang individu pertama yang sampai ke kampung itu.

Kerana ingin mengetahui nama pokok itu, dia mengambil sekuntum bunga daripada pokok itu dan bertanyakan kepada masyarakat Orang Asli di situ.

Dia memberitahu bahawa nama pokok itu adalah pokok chepor dan tempat itu pun dinamakan Chepor.

Sumber: Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Chepor, Sinar Harian

No comments: