Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 18, 2009

Info menarik tentang angkasa lepas


  • Malam dan siang silih berganti setiap setengah jam di ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa)
  • Ketika di ISS, angkasawan membuka ikatan di kerusi, mereka akan terapung dan perlu membiasakan diri
  • Biasanya angkasawan akan mabuk angkasa selama beberapa hari sebelum membiasakan diri
  • Di stesen, terdapat kemudahan kebersihan seperti besen cuci dengan paip air panas dan sejuk
  • Kawasan itu mempunyai cermin, lampu, sabun dan sistem pungutan najis seperti di bumi.
  • Penentuan kiblat mengikut kemampuan urutan seperti Kaabah, unjuran Kaabah, bumi atau mana-mana arah
  • Penentuan waktu solat menggunakan pakai waktu di Kazakhstan
  • Solat ditunaikan secara jama' dan tidak perlu qada'.  Perlaksanaan rukun fi'li (perbuatan) dengan mempunyai beberapa kelonggaran sebagai angkasawan.
  • Membuang air dalam tandas dengan graviti sifar menimbulkan masalah kerana najis tidak jatuh seperti di bumi
  • Tandas menggunakan udara bagi mengepam najis tidak seperti tandas di bumi menggunakan air
  • Tempat duduk tandas sama seperti di bumi dan mempunyai kebuk di bawahnya yang akan mengumpul sisa buangan pepejal
  • Satu tiub khas digunakan bagi membuang air kecil atau sisa buangan cecair dan kemudian dibuang ke angkasa
  • Sisa buangan pepejal pula, ia akan dikeringkan dan dibawa pulang untuk dilupuskan
  • Semasa tidur, bagi mengelakkan dirinya terapung angkasawan perlu mengikat badan dengan kemas.

Sumber: Kosmo!

No comments: