Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, August 3, 2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir
Ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Sungai Gedong, sekolah ini dahulunya menumpang di bangunan tambahan Sekolah Menengah Bagan Serai dengan pelajar seramai 120 orang dan lapan tenaga pengajar.
Hanya pada September 1991, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri di Batu 14, Telok Medan, Bagan Serai, Perak.
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah menyempurnakan perasmian sekolah ini pada Mei 1992 dan telah menukarkan nama sekolah ini kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir atau singkatannya SABAR.
SABAR telah mengeluarkan graduan sulung Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1993 dengan kelulusan sebanyak 75.8 peratus.
Hari ini, SABAR mempunyai dua kategori aliran iaitu Kelas Aliran Arab (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) selain mempunyai kelas Tingkatan Enam.
Berteraskan visi sekolah iaitu 'Bersama Menjadikan SABAR Ternama Menjelang Tahun 2010', SABAR menanam azam untuk merealisasikan setiap perancangan dalam pelbagai aspek demi memastikan kejayaan yang berterusan dan berkekalan.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment