Jalan menuju ke Kampung Selabak (imej dari segalanyatentangaku.blogspot.com) Kampung ini terletak di sebelah kanan di kilometer 4, Jalan Changkat Jong dari bandar Teluk Intan menghala ke Bidor. Jumlah penduduk di kampung ini dianggarkan seramai 6,000 orang.
Kampung Selabak terkenal dengan hasil pertanian buah nanas yang besar dan sedap. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan sebilangan kecil bekerja di sektor kerajaan serta swasta.
Sektor pertanian yang menjadi nadi pekerjaan penduduk ialah kelapa sawit, getah, nanas dan buah-buahan.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment