Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, August 10, 2009

Jabatan Pelajaran Negeri Perak


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak telah dibangunkan pada tahun 1890-an di Taiping dan ditempatkan di Central School, Taiping. Pada mulanya encik H. B. College mengetuainya dengan memegang jawatan sebagai Nazir Sekolah-sekolah. Pada tahun 1995, penyusunan semula Struktur Baru Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlaku, di mana Jabatan Pelajaran Perak telah disusun semula pada tahun itu.

Ia terdiri daripada lima sektor iaitu Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Pengurusan Sekolah dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral.

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak merupakan sebuah jabatan kerajaan yang berfungsi menguruskan segala perkara mengenai pendidikan di negeri Perak.

Perkara yang dinyatakan di sini adalah merujuk kepada masalah-masalah pelajar di negeri Perak, menguruskan semua jabatan pendidikan di negeri Perak dan sebagainya.

Selain dari itu, JPN Perak juga mempunyai satu bahagian iaitu Unit Pengurusan Stor yang bertanggungjawab untuk membekalkan peralatan yang diperlukan seperti alatan pejabat, alat tulis dan sebagainya kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di negeri Perak.

Sumber: Sinar Harian

No comments: