Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 14, 2009

Zina dan dosa besar

Dosa zina

Dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:

"Wahai kaum Muslimin, takutlah kamu akan akibat berbuat zina, sebab di situ ada enam perkara. Tiga diberikan di dunia dan yang tiga lagi diberikan di akhirat. Adapun tiga yang hilang di dunia itu adalah:
  1. Hilangnya sinar di wajah.
  2. Pendek dan berkurangnya umur.
  3. Terus-menerus dalam kefakiran.
Tiga perkara di akhirat itu adalah:
  1. Mendapat kemurkaan Allah SWT.
  2. Seksaan yang jelek.
  3. Azab neraka."
Hadith riwayat Baihaqi.

"Zina mata itu dengan melihat, zina lidah itu dengan berbicara, zina tangan itu dengan menyentuh, zina telinga itu dengan mendengar, zina hati dengan berangan-angan dan menginginkan, sedangkan kemaluan dengan membuktikan semua itu atau mendustakannya."

Hadith Riwayat Muslim.

Faktor yang mendorong melakukan dosa besar:
  • Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat.
  • Ingin hidup bebas tanpa batasan agama.
  • Sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat.

Dosa besar

Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.

Contoh:
  • Minum arak, berzina, membunuh.
  • Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa.

Akibat buruk jika melakukan dosa besar.
  • Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz.
  • Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat.

Dosa kecil.

Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

Contoh:
  • Melihat aurat bukan mahram.
  • Bercakap perkara yang tidak memberi faedah.
Akibat buruk jika melakukan dosa kecil:
  • Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar.
Dipetik dari Utusan Pengguna isu Mei - Jun 2009

No comments: