Tuhan,
Aku hanya ingin menjadi aku
Aku tidak mahu menjadi hipokrit
Yang hidup dalam kepura-puraan.
Tuhan
Salahkah sekiranya aku
Mendambakan sebuah kehidupan
Yang tidak didorongi rasa iri hati
Salahkah sekiranya aku
Menginginkan sebuah keikhlasan
Tanpa rasa sakit hati.
Tuhan,
Sesungguhnya aku ingin
Berada di luar lingkaran
Dan bukannya di kiri ataupun di kanan.
Tuhan,
Salahkah aku
Andainya tidak mengikut rentak mereka
Tidak menyokong apa yang mereka juangkan
Tidak juga membantah apa yang mereka lemparkan.
Tuhan,
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan
Kerana dengan kehidupan itu
Membuat ku mengerti
Mengapa aku dimatikan.
Terima kasih, Tuhanku.
No comments:
Post a Comment