- Memeriksa potensi risiko kebakaran - Pendawaian elektrik dan sistem paip gas memasak kerana amat berbahaya bila berlaku gempa bumi.
- Mengetahui di mana suis-suis utama dan injap di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air.
- Memastikan anda memiliki lampu suluh dan radio berkuasa bateri sekiranya berlaku; terputus bekalan elektrik, simpan lampu suluh di tepi katil anda atau tempat yang dikhaskan.
- Menyimpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah diambil.
- Menyimpan bekalan asas pertolongan cemas di samping mempunyai pengetahuan asas tentang prosedur pertolongan cemas.
- Menempatkan objek-objek yang besar dan berat di rak sebelah bawah.
- Menyimpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah terbakar dan beracun di tempat yang selamat di mana ianya tidak mudah jatuh atau pecah.
- Memasang lampu-lampu lekap di siling dengan kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh mengatasi risiko ini.
- Menyiasat kewujudan rekahan dinding dan syiling. Rekahan tersebut terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk keping-kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan.
- Sentiasa tenangkan diri dalam menghadapi saat-saat kecemasan.
Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, July 30, 2009
Persediaan menghadapi bencana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment