Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 10, 2009

Istana Kellie

Istana Kellie (imej dari www.explore-ipoh.com)

Istana Kellie adalah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak.

Bangunan Istana Kellie dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.

Tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. William Kellie Smith berasal dari sebuah desa di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang diberi tugas menghapus 360 hektar hutan di Perak.

Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan bijih timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke negara beliau untuk berkahwin, Agnes, isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen. Pada tahun 1915, Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith.

Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House) sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama dibina di Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula dicadangkan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Bagaimanapun, bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. William Smith sebenarnya kecewa kerana isterinya mengambil keputusan untuk pulang ke England pada tahun 1925. Dia membawa kedua-dua anak mereka iaitu Helen dan Anthony yang ketika itu berusia 7 tahun.

Akibat kesedihan yang berpanjangan beliau tidak dapat menguruskan perniagaannya dengan baik dan Istana Kellie telah hilang cahaya keindahannya. Setahun kemudian Smith meninggalkan Istana Kellie. Bagaimanapun dia tidak pulang ke England sebaliknya ke Lisbon, Portugal.

Sementara isterinya mengambil keputusan menjualkan semua harta milik mendiang suaminya yang berupa ladang-ladang getah termasuk Istana Kellie kepada seorang pengusaha ladang berbangsa Inggeris.

Istana ini pernah dicadangkan untuk dijadikan sebagai muzium negeri. Bagaimanapun usaha-usaha ini terbantut berikutan timbulnya cerita yang mengatakan ia berhantu.

Meskipun diberi tanggapan negatif, bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya hingga ke hari ini.

Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie. Sebuah kedai makan dan kedai cenderamata dan tapak parkir kereta telah dibina Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990.

Istana Kellie juga sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem termasuk di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah filem Anna and the King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt.

Sumber: Sinar Harian

No comments: