Pengikut dan Ex-smgrian
Friday, July 10, 2009
Ibnu Sina
Nama: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibni Sina
Gelaran: Bapa Sejarah Sains
Lahir: Sekitar 980M atau 370H
Wafat: 1037M atau 428H
Mazhab: Ismaili
Etnik: Tajik
Rantau: Parsi
Bidang: Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains, Teologi
Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al-Najat
Pengaruh: Omar Khayyam, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus
Diilhami: Aristotle, Al-Farabi
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara 980 - 1037 M.
Sejarah dan latar belakang
Ibnu Sina dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masehi. Pengajian peringkat awalnya bermula Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb diterbitkan di Rom pada 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai ke 100 tahun, buku itu dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti Itali dan Perancis. Malah, sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh penuntut perubatan.
Ibnu Sina juga menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for the Heart) yang mengandungi sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, pihologi (ilmu bahasa), syair, prosa dan agama.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment