Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, July 15, 2009
Hutan Lipur Sungai Salu
Terletak dalam Hutan Simpan Bujang Melaka dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta tarikan utama di kawasan ini ialah keindahan kawasan hutan asli, sungai dan air terjun bertingkat.
Air sungai yang sejuk dengan jeram-jeram kecil mengalir di celah batu-batan sesuai untuk mandi dan berendam sungguh menyegarkan. Kawasan ini dimajukan sebagai tempat perkelahan dan berehat terutamanya kepada penduduk-penduduk tempatan.
Lorong kaki disediakan untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan hutan serta merasai kesegaran udaranya. Antara kemudahan asas lain yang disediakan ialah lorong kaki, pondok rehat, tandas awam dan gerai makan.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment