Terletak di Chemor, ia berada kira-kira 10 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Kawasan ini cuma 2 kilometer dari Chemor/Tol Jelapang. 1 kilometer pertama ada papan tanda Kawasan Perkelahan Sg. Ulu Chepor, 1 kilometer seterusnya adalah jalan kampung berturap hingga ke kawasan perkelahan. Kawasan ini telah dibangunkan dengan banyak kemudahan seperti chalet kayu, chalet batu, dewan, tapak perkhemahan, tandas dan bilik salin, kedai makan, padang kawad, tempat letak kereta dan pondok-pondok rehat hampir sepanjang jeram bagi mereka yang berkelah. Setiap kereta yang masuk ke kawasan ini dikenakan RM1.
Kawasan ini berada di pinggir bandar raya Ipoh dan ia merupakan kawasan hulu sungai yang dimajukan menjadi pusat pelancongan.
Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini dikomersilkan dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment