Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, June 11, 2009

Tapah Road

Stesen kereta api Tapah Road yang lama (imej dari www.malsingmaps.com)

Stesen kereta api Tapah Road yang baru (imej dari www.malsingmaps.com)

Tapah Road adalah sebuah pekan kecil sembilan kilometer dari bandar Tapah dalam perjalanan menuju ke bandar Teluk Intan.

Tapah Road menarik kerana ada sebuah stesen kereta api menuju ke Padang Besar di utara dan Singapura di selatan.

Di bandar Tapah, tiada stesen kereta api, oleh itu penduduk sekitar Hilir Perak dan Perak Selatan yang ingin menggunakan perkhidmatan kereta api perlu pergi ke stesen kereta api Tapah di Tapah Road. Terdapat landasan kereta api antara Tapah Road dengan warf di Teluk Intan untuk mengangkut getah, bijih timah dan kayu balak semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.

Jambatan besi dibina menyeberangi Sungai Bidor untuk membolehkan kereta api sampai ke pangkalan warf (pengkalan) di tepi Sungai Perak. Tetapi kini perkhidmatan tersebut dihentikan terutama setelah sekumpulan gajah melanggar kereta api di Sungai Kerawai pada tahun 1888.

Syarikat Gamuda JV dan MTD telah membesarkan dan memperbaiki landasan kereta api dan stesen kereta api di Tapah Road. Projek ini ditangguhkan pada awal tahun 2004 berikutan masalah kewangan tetapi kemudian disambung semula.

Sumber: Sinar Harian

No comments: