Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, June 4, 2009
Kinta Prison
Kinta Prison adalah sebuah penjara kedua di Perak yang dibina menggunakan sistem penempatan yang berbentuk 'sel'.
Penjara ini dibina pada tahun 1902 semasa pemerintahan Inggeris dan terletak di suatu kawasan tanah tinggi dengan keluasan kawasannya 1.255 hektar.
Penjara tersebut terletak dalam pentadbiran kawasan Batu Gajah, mukim Sungai Terap yang lebih dikenali sebagai Changkat.
Jarak jauhnya lebih kurang 3 kilometer dari bandar kecil Batu Gajah dan kawasan penjara ini dikelilingi oleh bangunan kerajaan seperti hospital daerah, pejabat tanah, balai polis, pejabat daerah dan mahkamah.
Pada peringkat awalnya, Penjara Kinta hanya menahan banduan lelaki yang menghadapi kesalahan di bawah hukuman singkat sahaja yang terdiri dari ahli-ahli kongsi gelap, anasir-anasir subversif dan kesalahan ketenteraman awam dan juga banduan yang dibawa dari Penjara Papan.
Pada tahun 1951, Penjara Kinta mula menerima banduan dari kalangan wanita untuk ditempatkan di sini.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment