Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 2, 2009

Ekonomi di Bidor

Pekan Bidor (imej dari syafiqazhar.fotopages.com)

Dahulu ekonomi pekan Bidor bergantung kepada pertanian seperti perusahaan jambu batu, buah-buahan eksotik, penternakan ayam itik, penanaman getah dan kelapa sawit. Kini, perindustrian telah sedia terdapat atas galakan kerajaan negeri yang membawa masuk usahawan dari luar negara seperti Korea, Jepun dan Taiwan untuk menjana industri kecil-kecilan. Juga, salah satu punca pendapatan Bidor datangnya daripada orang luar yang singgah di bandar ini dalam perjalanan mereka ke tempat lain disebabkan populariti makanan dan hasil tani pekan ini.

Sebelum pengenalan Lebuhraya Utara Selatan, Bidor ialah bandar persinggahan yang tidak boleh dielakkan oleh semua pemandu. Kini, pemandu tetap memililh untuk singgah di Bidor untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Bidor amat terkenal dengan buah jambu tanpa biji dan petai. Juga terkenal ialah biskut ayam pun chun, 'Sat Kai Ma' (kuih tradisional Cina), mi wantan dan mi paha itik pun chun.

Sumber: Sinar Harian

No comments: