Air Terjun Sungai Salu terletak di Kuala Dipang dan terletak empat kilometer dari Kampar. Kawasan ini sesuai untuk aktiviti keluarga kerana air sungainya yang cetek dan sesuai untuk kanak-kanak.
Air terjun ini berada di bawah pengawasan Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang disediakan di sini untuk pengunjung adalah tempat menyalin pakaian, pondok rehat, gerai makan dan tandas.
Air Terjun Sri Kampar pula sangat sesuai bagi penggemar aktiviti lasak seperti jelajah hutan dan perkhemahan. Ini kerana untuk sampai ke sana pengunjung perlu merentasi denai lebih kurang 50 meter dari Taman Kampar Jaya. Di kawasan ini terdapat kawasan lapang yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment