Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, May 7, 2009

Panorama Perak - Sejarah Awal Tanjong Malim

Gambar lama Tanjong Malim (imej dari terombarawa.blogspot.com)

Tanjong Malim, asalnya bernama Tanjong Jambu, diterokai dan dibuka sekumpulan enam pahlawan Bugis.

Dato' Mustapha Raja Kamala adalah salah seorang ketua kaum Rao* di Gali, Raub berhijrah ke Tanjong Malim sekitar 1870 - 1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir pada masa itu.

Beliau adalah pengikut Tok Gajah @ Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao berbalah, dia memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Dato' Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tanjong Malim.

*Rao ialah keturunan Rawa yang banyak terdapat beberapa tempat di Perak seperti Tanjong Malim, Tapah, Gopeng, Chemor dan Ulu Kinta.

Sumber: Sinar Harian

No comments: