Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 7, 2009

Panorama Ipoh II

Inilah pohon yang menjadi asal usul nama bandaraya Ipoh. Pokok Ipoh atau dikenali juga dengan nama Epu atau Upas, dan nama saintifiknya Antiaris Toxicaria. Pokok ini boleh dijumpai di dua tempat di Ipoh iaitu di hadapan Stesen Keretapi Ipoh dan di Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam.

Stesen Keretapi Ipoh. Tempat ini akan hidup kembali setelah perkhidmatan keretapi menghubungkan Ipoh - Kuala Lumpur bermula. Dikatakan tambang hanya RM10 dan sebanyak 5 trip sehari. Kepada mereka yang memiliki rumah di Ipoh dan bertugas di KL, tak perlulah menyewa lagi kat KL, boleh berulang dari Ipoh ke KL tiap-tiap hari.

Tugu Peringatan yang terdapat di dataran hadapan Stesen Keretapi Ipoh. Tugu peringatan ini khusus untuk memperingati mereka yang telah terkorban sewaktu Perang Dunia Kedua dan sewaktu zaman darurat.

Bangunan Dewan Bandaran. Kebelakangan ini banyak majlis perkahwinan diadakan di sini.

Perpustakaan Tun Razak. Dulu masa sekolah selalu lepak kat sini memerhatikan awek, bukannya pergi baca buku.

Masih ingat lagi dengan air pancut ini? Terletak di hadapan kediaman Menteri Besar Perak.

Bukannya di KL saja selalu jam, kat Ipoh ni pun selalu jugak, tambahan bila hari hujan. Pelik jugak, kenapa bila hujan je jalan mesti jam?

No comments: