Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, January 29, 2011

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang mempunyai keluasan 38,000 hektar dan terletak di bahagian utara Hulu Terengganu.

Keluasan Tasik Kenyir juga menghampiri sempadan negeri Kelantan di bahagian barat dan negeri Pahang di bahagian selatannya.

Tasik Kenyir juga merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara.

Tasik Kenyir merupakan sebuah kawasan pelancongan di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Keunikan Tasik Kenyir bukan sahaja terletak pada keindahan tasiknya tetapi hutan simpannya juga yang mengandungi ribuan flora dan fauna.

Tasik Kenyir juga mempunyai sebanyak 340 pulau-pulau kecil yang menjadi habitat bagi berbagai spesies hidupan liar eksotik.

Terdapat lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuh-tumbuhan dan pokok, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat dan cendawan.

Pohon-pohon Tropika seperti meranti, resak, neram, kapur, keruing dan berbagai spesies lagi mewarnai keindahan hutan di Tasik Kenyir.

Tasik kenyir juga mengandungi lebih daripada 370 spesies unggas, 200 spesies haiwan seperti monyet, harimau, gajah, rusa, tupai dan ribuan ular serta serangga.

Habitat-habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini dilindungi agar ia tidak ditelan kepupusan.

Sumber: www.kenyirlake.com, wikipedia.

No comments: