Monday, April 27, 2009
Panorama Perak - Bercham
Pekan Bercham adalah kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran dengan sungai Kinta.
Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh dan dikelilingi bukit batu kapur.
Pekan Bercham terletak berhampiran dengan Tambun, Tasek, Kampong Tawas, Kampong Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.
Bercham boleh dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru kerana pasar raya yang besar terdapat di sini antaranya Jusco, Tesco, Plaza Kinta dan lain-lain.
Pekan Bercham juga bersebelahan dengan The Lost World of Tambun dan ia juga berhampiran dengan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, terdapat susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di bahagian Ipoh Selatan dan Bercham menjadi titik keluar masuk ke lebuh raya terbabit.
Kebanyakan penduduknya terdiri daripada bangsa Cina dan setelah terbinanya kawasan perumahan, barulah masyarakat Melayu dan India menghuni di sini.
Sumber : Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment