Sejak blog Ex-Smgrian 1991 diperkenalkan, aku telah mendapat feedback di kalangan pelajar-pelajar yang menggunakan artikel-artikel yang disiarkan sebagai rujukan untuk tugasan mereka. Alhamdulillah, ada juga manfaatnya blog ini di samping menjejaki semula rakan-rakan persekolahan dahulu. Di bawah ini merupakan entri yang tidak kurang juga pentingnya untuk renungan kepada ibu bapa dan guru-guru agar memantau tingkahlaku anak-anak remaja supaya tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral dan merugikan.
Penyalahgunaan ubat-ubatan ialah:
> Bukan untuk tujuan perubatan.
> Selain daripada kegunaan sebenar.
> Yang tidak mengikut dos dan tempoh yang ditetapkan oleh doktor.
> Yang boleh menimbulkan rasa ketagihan.
> Mencampurkan ubat-ubatan tanpa arahan doktor.
Apakah ubat-ubatan yang sering disalahgunakan?
> Parasetamol - sering digunakan untuk membunuh diri.
> Ubat batuk contoh dekstrometorfan, kodein - untuk kesan khayal.
> Steroid - membina otot bagi ahli sukan
> Ubat tidur contoh diazepam - untuk tidur atau bunuh diri.
> Julap - untuk kuruskan badan.
> Antibiotik contoh amoksisilin - untuk mencuci darah, rawat jangkitan.
Tanda-tanda anak anda mungkin terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
> Pertukaran jenis kawan.
> Perubahan corak tidur.
> Perubahan tingkah laku.
> Pencapaian akademik merosot.
> Selalu kehilangan wang di rumah.
> Bau ubat atau bahan kimia dalam bilik anak anda.
Tanda seperti di atas biasanya berlaku kepada remaja yang mengambil ubat-ubatan yang mengkhayalkan seperti ubat batuk dan ubat tidur.
Kesan dan akibat penyalahgunaan ubat-ubatan.
> Ketagihan yang teruk.
> Kerosakan kekal pada badan dan kematian.
> Kesanggupan untuk BUAT APA SAJA untuk dapatkan bekalan.
> Tingkatkan masalah jenayah contoh mencuri dan membunuh.
Apakah yang boleh anda bantu dalam menanganinya?
> Tingkatkan pengetahuan. Cari maklumat tentang ubat-ubat yang sering disalahgunakan dan tanda-tanda penyalahgunaan. Sering berkongsi maklumat dengan ibu bapa lain, guru dan jiran anda.
> Terapkan kepentingan ubat dan cara pengambilan yang betul kepada keluarga anda. Beritahu anak-anak tentang bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan. Awasi anak anda jika ada tanda ketagihan atau perubahan yang ketara.
> Jadilah rakan yang paling baik untuk anak anda. Sentiasa berkomunikasi dan berkongsi masalah dan pengalaman dengan mereka. Kenali dengan siapa anak-anak anda suka bergaul. Ketahui di mana anak anda pada setiap masa.
Penagihan dadah adalah haram di sisi agama Islam. Ramai terjerat dengan dadah kerana pengaruh kawan. Kawan-kawan yang mempengaruhi kawannya untuk menagih dadah adalah jenis kawan yang merosakkan kawan. Ketagihan dadah juga boleh merosakkan otak dan tubuh badan.
Sumber : Agensi Antidadah Kebangsaan, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia.
Untuk keterangan lanjut tentang Agensi Antidadah Kebangsaan, sila klik sini.
No comments:
Post a Comment