Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, August 10, 2012

Peribahasa Melayu menggunakan perkataan abu

Seperti abu di atas tunggul
  • Dengan mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dalam rumah keluarga isterinya dalam masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di Negeri Sembilan).


Sudah jadi abu arang
  • Sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi.


Terpegang di abu hangat
  • Peribahasa ini adalah peribahasa orang Minangkabau yang bermaksud baru sahaja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan.

sumber: Kamus Dewan

No comments: