Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 21, 2014

Tragedi Sungai Kerian 1972


Pada 13 September 1972, sebuah feri yang membawa penumpang termasuk sebuah bas sekolah yang membawa pelajar SMJK (Cina) Kerian, karam. 27 orang telah terkorban.

Insiden itu telah menyebabkan perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah dihentikan serta-merta. Ia digantikan dengan pembinaan jambatan Sultan Idris pada tahun berikutnya.

Pemandu feri tersebut, mendiang S. Annamalai telah berhempas pulas menyelamatkan tujuh pelajar berbangsa cina malangnya beliau sendiri akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat kepenatan.

Seorang remaja Tionghua juga turut membantu menyelamatkan mangsa dan telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah atas keberaniannya itu.

- Sinar Harian

No comments: